Ahad, 10 Mei 2009

Sejarah Penubuhan

Tadika Islam Perak, Pulau Tiga Kiri telah di tubuhkan pada tahun 1997 . Salah sebuah prasekolah yang bercirikan keislaman di bawah naungan Jabatan Agama Islam Perak. Segala urusan Pentadbiran Tadika Islam Perak adalah di Bahagian Pendidikan, Kompleks Islam Darul Ridzuan,Jabatan Agama Islam Ipoh,Perak. Manakala Urusan Di setiap Daerah ialah di Pejabat Agama Daerah Kg. Gajah.

Pada peringkat awal penubuhan, Tadika Islam Perak Pulau Tiga Kiri adalah di bawah JKKK dan AhliJawatankuasa menguruskan segala hal ehwal penubuhan, pentadbiran dan pendaftaran murid. Mengikut rekod, pada peringkat awal penubuhan hanya seramai 17 orang murid sahaja yang di daftarkan.